Wednesday, September 2, 2009

Trend yang menurun, kenaikan harga domestik!

KENAIKAN harga minyak domestik yang diumumkan berkuatkuasa semalam adalah suatu kekhilafan yang pada pandangan saya tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. Sebagai pengimbang kepada kenaikan tersebut, apakah mereka yang terlibat tidak menyedari apa yang sedang berlaku sepertimana laporan Oil settles below US$70 on China worries?

 

Sewaktu negara mengalami kenaikan harga minyak domestik, minyak mentah jenis light sweet bagi penghantaran Oktober telah mengalami penurunan pertama sejak 19 ogos 2009 yang lalu. Pada dagangan 1 September semalam, harga telah jatuh pada USD68 setong sebelum ditutup sebentar tadi pada harga USD68.22. pada waktu penulisan ini dibuat iaitu pada jam 6:45 waktu tempatan, minyak mentah yang sama diniagakan pada harga USD68.37.

 

 

 

Untuk rekod, harga minyak mentah light sweet telah mengalami kenaikan tertinggi pada 25 Ogos 2009 yang lalu iaitu pada paras USD74.95 setong.

Sebagaimana penulisan saya yang lalu, harga yang berada di paras psikologi iaitu USD74 bagi 2009 perlu diamati dengan penuh teliti. Saya mengulangi pendirian saya yang harga minyak mentah akan terus mengalami penurunan jangka panjang setidak-tidaknya untuk tempoh sehingga akhir 2010. melainkan permintaan yang tinggi dan didorong oleh penurunan nilai Dolar yang menyeluruh, trend ini akan berupaya berubah.

 

Kepada sekalian kumpulan pembuat dasar dan ahli politik, sekali lagi dengan penuh hormat saya menyeru dan mencadangkan untuk kemungkinan Negara melaksanakan kaedah "hedging" dalam pasaran bagi meletakkan satu harga yang selesa buat rakyat di peringkat domestic. – 12 Ramadhan 1430H.