KETIDAKTENTUAN dalam harga minyak mentah pada penghujung minggu lepas dan awal minggu ini menggamit saya untuk melakukan sedikit pemerhatian.
Laporan bertajuk Oil prices fall pada hujung minggu lepas kini kelihatan  tidak menentu dengan laporan terkini bertajuk Oil prices  up.
Minyak mentah jenis  Light Sweet bagi penghantaran September pada saat penulisan ini dibuat iaitu  pada pukul 12:10 tengahhari adalahpada paras USD72.32 setong. Pada bulan ini sahaja,  harnya minyak mentah yang sama telah mencecah harga USD72.82 setelah jatuh pada  paras USD65.23.
Saya berpandangan dalam jangka masa  pendek, harga akan belegar pada sekitar USD70 setong. Secara jangka masa  sederhana, ia akan berupaya mencecah harga USD80 sebelum meneruskan kenaikan  ataupun turun setelah mencapai tracement 61.8 iaitu USD82 bagi kiraan  tahunan.
Walau bagaimanapun harus diingat  bahawa harga pada tahun ini telah dibuka di bawah paras garisan psikologi iaitu  USD74.39 dimana pembukaan harga tahunan ialah USD41.96 dan sehingga kini ia  hanya berupaya mencecah harga tertinggi USD73.41 pada bulan Jun yang lalu.  
Sebagaimana penulisan saya yang  lepas, trend sebegini harus diperhatikan sehalus-halusnya. Keupayaan harga  melepasi harga psikologi tersebut amat siknifikan. Secara umumnya, harga yang  mencecah paras psikologi akan mengukuhkan trend asal iaitu trend menurun.  Sebaliknya keupayaan harga melepasi paras psikologi itu dalam tempoh yang pendek  dan mengekalkan trend menaiknya akan meletakkan trend menaik tersebut dominant  dalam pasaran.
Harga yang tidak menentu dengan  tiada trend yang nyata pada ketika ini sememangnya lumrah bilamana paras  psikologi dihampiri. Justeru, pemerhatian yang rapi haruslah dilakukan bagi  menentukan trend sederhana dan jangka panjang.
Selain itu, saya lebih suka  pemerhatian rapi dibuat berdasarkan analisa teknikal berbanding analisa  fundamental yang terlalu dilingkungi pelbagai setimen yang kadangkala sukar  ditelah.  29 Syaaban 1430H.
 
