Laporan  TheStar Online yang bertajuk Oil prices  near a new high for the year terus menarik perhatian saya untuk  menyelongkar data-data minyak mentah yang ada dalam simpnan saya.
Minyak mentah jenis  Light, Sweet bagi penghantaran  Disember pada dagangan hari ini, 14 Oktober 2009 telah mula diniagakan  pada paras USD 75.04 setong dan terus  mencatatkan harga tertingi baru untuk tahun ini iaitu USD75.46 setong. Jika  ditinjau rekod dagangan tahun ini, harga tertinggi telah mula dicecah pada bulan  Jun yang lalu iaitu USD73.41. harga kemudiannya terus mengalami pergerakan aktif  sehingga mencatatkan harga tertinggi terbaru pada Ogos iaitu pada paras USD74.95.
Jika diperhatikan  kedudukan harga sekarang adalah di atas paras harga psikologi USD74.39 untuk  tahun 2009. sebagaimana yang biasa difahami oleh penganalisa teknikal, kedudukan  harga pada tahap ini amat penting. Momentum  dagangan yang berupaya membawa harga lebih konsisten akan memastikan trend  menaik menguasai pasaran. Sebaliknya harga yang lebih cenderong untuk berada  sekitar harga psikologi akan meletakkan trend menurun itu masih dominan dalam  pasaran secara jangka panjangnya.
Justeru,  sepertimana biasa yang saya sebutkan, amalan hedging perlulah dikaji untuk  dimanfaatkan bagi kebaikan negara sebagai pengeksport minyak dan kepentingan  rakyat agar harga domestik lebih stabil.  25 Shawal 1430H.  
 
