SEMINGGU  dua ni saya berpeluang untuk memasuki pasaran sambil-sambil membuat tinjauan  kecil kot-kot boleh dimanfaatkan. Seperti sebelumnya, saya suka memerhati  kedudukan matawang Eura berbanding US Dolar dan komoditi emas berbanding US  Dolar.
  
 Pada  kesempatan ini, saya suka berkongsi sedikit pemerhatian bersama sahabat  sekalian. Saya akan menumpukan perbincangan ringkas ini kepada kedudukan emas  semasa.
  
 Pada  saat penulisan ini dibuat iaitu pada jam 2 petang,  harga emas telah diniagakan pada harga  USD 1361.71 per aunz. Sebaagaimana diketahui umum, harga emas telah mencapai  tahap tertingginya pada 9 November 2010 yang lalu iaitu USD  1424.43 peraunz.
  
 Setelah  mencecah harga tertingginya, komoditi tersebut kemudiannya telah membuat  pembetulan semula iaitu pada 16  November 2010 pada paras USD 1329.65 peraunz. Sebagai makluman saya suka  memerhati perkembangan ini dari aspek teknikal berbanding aspek-aspek asas yang  lebih dipengaruhi oleh sentiment.
  
 Setelah  membuat pembetulan semula pada 16 November lalu, harga emas kini pada pendapat  saya akan terus membuat anjakan menaik secara beransur-ansur. Saya meletakkan  paras 1330 sebagai paras sokongan sebagai cabaran untuk harga emas terus  meningkat dalam masa terdekat. Seterusnya saya meletakkan paras 166 sebagai  paras tekanan untuk ianya terus memacu kepada harga tertinggi  baru.
  
 Dengan  perkataan lain, pegangan emas haruslah diperhatikan antara dua harga sokongan  dan tekanan ini bagi memastikan perolehan tahap keuntungan. Harga yang akur pada  paras 1330 akan menjadikan peningkatan harga mengambil masa yang lebih lama.  Sebaliknya jika paras tekanan Berjaya dilepasi, saya percaya capaian harga  tertinggi baru akan lebih cepat dapat kita saksikan.
  
 Sebagai  rekod, pada pembukaan Januari 2010 yang lalu, harga emas peraunz ialah USD  1152.07.  selain itu, jangan mudah kita terpesona dengan sentiment yang ditiupkan atas  perkembangan permintaan di India dan tanda pemulihan Ireland di benua Eropah  yang akan memberi tekanan kepada Dolar sekaligus memberi impak kepada harga  emas.
  
 Kepada  rakan niaga maya, berhati-hatilah dengan modal kita yang terhad. Saya  mengimpikan keuntungan pada harga USD 1600 peraunz.  15 Zulhijjah  1431H.