PERKEMBANGAN  harga emas di pasaran pada hari ini begitu tak menentu. Bagi mereka yang mencari  keuntungan jangka pendek, ianya satu cabaran yang tidak mudah untuk  dihadapi.
  
 Setelah  harga mencecah paras tertinggi iaitu USD1430.9 pada 07/12/2010 yang lalu,  isyarat pada semua penunjuk analisa saya menunjukkan tanda penurunan bila mana  harga mencecah USD1372.08 pada tanggal 10/12/2010. Setelah harga emas mencari  ruang penurunan, akhirnya "double bottom" dicapai pada 16/12/2010 di paras  USD1361.03 dan keesokan harinya di paras USD1364.65.
  
 Membuka  tirai 2011, emas telah diniagakan pada paras USD1420.98 peronz. Semenjak paras  tertinggi dicapai harga emas telah mencecah paras terendahnya iaitu USD1352.59  pada 7/1/2011 yang lalu.
  
 Secara  umumnya, dalam masa terdekat harga emas dipercayai akan mengalami penurunan  sebelum harga tertinggi baru dicatatkan. Justeru pada masa ini perlulah kita  mencari satu paras harga yang selamat untuk membuat belian  semula.
  
 Secara  peribadi, saya selesa untuk membeli bila harga mencecah di bawah paras USD1350  peronz. Selamat berurusniaga.  5 Safar  1432h.