Tuesday, January 6, 2009

Forex - fundamental atau teknikal?

 

ANTARA petunjuk asas dan petunjuk teknikal, yang manakah lebih berkesan? Itulah antara persoalan yang sering dikemukakan dalam perniagaan berbentuk pasaran terbuka seperti saham, bond, forex dan seumpamanya. Bagi saya sebagai maklumat pengunjung, kedua-duanya penting. Namun saya lebih cenderung untuk mengatakan petunjuk teknikal lebih banyak membantu.

 

Adakalanya dalam keadaan tertentu petunjuk asas (fundamental technical) terlepas menilai sesuatu isu. Namun dalam menuruti petunjuk teknikal, kita tak perlu bimbangkan sebarang isu yang berlaku disebabkan terlalu banyak isu dan sentimen yang boleh mempegaruhi pasaran.

 

Melalui petunjuk teknikal, semua isu dan sentimen telah digabungkan ke dalam pergerakan nombor-nombor dan itulah yang berlaku dalam pasaran. Justeru kita tak perlu risau atau bimbang sebarang isu dan sentimen yang akan mempengaruhi pasaran. Kita hanya perlu memerhati pergerakan pasaran dan bantuan isyarat teknikal untuk membuat keputusan berkaitan sebarang transaksi.

 

Sebagai bukti, laporan yang bertajuk Euro Falls to 3-Week Low on Speculation Report to Show Slowing Inflation ini hanya terbit beberapa jam setelah beberapa pasaran asia dibuka dan beroperasi. Sedangkan melalui petunjuk-petunjuk teknikal, penurunan nilai Euro berbanding kebanyakan matawang telah dapat digambarkan sebaik pasaran New York ditutup pada sekitar jam 5:am waktu malaysia 6 Januari tadi.

 

Jadi teruslah mengikuti posting berikutnya untuk saya berkongsi sedikit pengalaman bagi manfaat bersama. – 10 Muharam 1430H.