Thursday, April 10, 2008

peluang orang kurang upaya - asas forex 2

 

Bagaimanakah FX mampu menjana pendapatan?

 

 

Suatu persoalan menarik bagi mereka yang mula berjinak dengan FX.

 

Secara tradisi perniagaan FX melibatkan pembelian sesuatu matawang secara nyata. Sebagai contoh, seseorang pergi ke mana-mana  institusi kewangan untuk membeli US Dollar atau Dollar Singapura dengan harapan nilai matawang yang dibeli itu akan naik.

 

Demikian juga akhir-akhir ini ramai yang berlumba-lumba membeli matawang Iraq yang konon-kononnya akan meningkat nilainya sedikit masa.

 

Dalam FX, itu bukanlah cara sebenar menjana pendapatan. Teknologi yang ada pada hari ini mengizinkan perniagaan FX mampu dinikmati oleh semua individu tidak terhad lagi kepada institusi-institusi besar seperti bank, broker dan lain-lainnya.

 

tidak dinafikan sehingga kini, FX merupakan antara pendapatan utama kebanyakan institusi kewangan termasuk investment bank serta fund manager di dunia. Seperti yang disebutkan di atas, FX yang dulunya hanya dikuasai oleh institusi besar, kini ia terbuka kepada semua individu.

 

Berikut disenaraikan antara pasangan matawang yang diperniagakan secara besar-besaran:

 

EUR/USD =Euro / US Dollar  
 

GBP/USD =Pounds Sterling/ US Dollar  
 

USD/JPY =US Dollar / Japanese Yen  
 

USD/CHF =US Dollar / Swiss Franc  
 

USD/CAD =US Dollar / Canadian Dollar  
 

AUD/USD =Australian Dollar / US Dollar  
 

NZD/USD =New Zealand Dollar / US Dollar 
 

Diambil contoh dari EURUSD, dalam FX ada dua nilai yang perlu difahami. Dalam EURUSD misalnya, nilai yang akan terpapar ialah 1.5757 1.5759. Nilai ini disebut sebagai harga jual (sell price) dan harga beli (buy price).

 

 Harga jual bermakna harga yang digunakan oleh pasaran untuk EURO dijual berbanding US Dollar. Sebaliknya harga beli ialah harga pasaran untuk EURO dibeli berbanding US Dollar.

 

 Perhatikan dalam contoh di atas, terdapatnya perbezaan nilai antara harga jual dan harga beli. Perbezaan ini dikenali  dalam FX sebagai spread. Tidak semua pasangan matawang mempunyai 2 spread bagi harga jualan dan harga belian.

 

Dalam contoh EURUSD yang diberikan di atas. Spread ditentukan dalam pasaran dan firma yang menawarkan khidmat niaga.

 

Keuntungan dalam FX diperolehi melalui pergerakan nilai yang dikenali sebagai pip. Dalam contoh EURUSD, jika seorang membeli EURUSD pada harga di atas iaitu 1.5759, dia akan mendapat keuntungan bila saja harga jualan melebihi nilai pembelian, sebagai contoh bilamana harga jualan mencecah pada 1.5770 iaitu kenaikan sebanyak 0.0011. Pembeli tersebut akan memperolehi  sejumlah 11 pip.

 

 Dalam contoh ini, harga yang akan terpapar ialah 1.5770 1.5772.

 

seperti yang telah disebutkan di atas, 1.5770 ialah harga yang digunakan untuk menjual EUR berbanding USD. Manakala nilai 1.5772 ialah harga di mana EUR akan dibeli berbanding USD.

 

Sekali imbas, penerangan ini boleh memeningkan. Sememangnya itu hádala fenomenon biasa. Pertamanya jangan terlalu runsingkan perihal teknikal tersebut. Keduanya, para peniaga akan lebih memahami proses tersebut melalui pengoperasian dalam akaun demo yang diberikan.

 

Dalam contoh di atas, 11 pip yang diperolehi akan ditukar kepada nilai wang secara automatik melalui pengoperasian yang disediakan.

 

Jika transaksi dalam satu-satu masa melibatkan jumlah volum sebanyak 1.00 (bersamaan 100 unit), peniaga akan memperolehi nilai sebanyak USD 110.00  (jika akaun berasaskan USD).

 

Sememangnya masa diperlukan bagi memahami sifat perniagaan FX ini. Dalam apa jua bidang sekalipun, kesungguhan amatlah diperlukan.

 

 

 

Tuesday, April 8, 2008

peluang orang kurang upaya - asas forex 1

 

Foreign Exchange atau dikenali juga dengan singkatan FX, Forex, FX Trading dan sebagainya adalah antara pasaran yang paling tinggi tahap kecairannya di masa ini.

 

Urusniaga FX boleh mencapai nilai urusniaga dari 1.2 trillion sehingga 3 trillion sehari. Pasaran FX lahir natijah dari urusniaga antara Negara-negara yang mempunyai pelbagai matawang yang berbeza.

 

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai matawang yang dikenali sebagai Ringgit Malaysia "MYR". Bagi berurusniaga dengan negara luar misalnya, kita mengambilkira tukaran asing antara Ringgit Malaysia "MYR" dan US Dollar "USD" sebagai contoh.

 

Setiap unit MYR akan dinilai dengan USD yang akhirnya disebut sebagai MYR/USD.

 

Contohnya 1 MYR =3.218 usd yang disebut dengan:

 

MYR/USD : 3.218.

 

Sebagai contoh lain pula, rakyat di benua eropah yang menggunakan matawang Euro  akan menjadikan USD sebagai tukaranasing mereka.

 

Sebagai contoh:

 

1 EURO =1.5740 USD :

 

EURUSD = 1.574.

 

Terdapat berpuluh-puluh pasangan matawang yang diperniagakan atas keperluan Negara-negara di dunia. Kebanyakan pasangan matawang tersebut menjadikan unit-unit matawang dunia sebagai pasangan (counter currency) termasuklah US Dollar, Australian Dollar, Yen, Euro dan lain-lainnya.

 

Antara pasangan tersebut termasuklah EURUSD, AUDUSD, USDCHF, CADUSD dan sebagainya.

 

Keperluan urusniaga di seluruh dunia menjadikan pasangan tukaran asing tersebut sentiasa berubah mengikut pasaran yang berasaskan permintaan dan tawaran.

 

Pergerakan pasaran matawang asing di dunia banyak dipengaruhi oleh kegiatan manipulasi dari pergerakan tukaranasing iaitu antara 70% ingá 90%. Sila rujuk:

 

http://www.bis.org

 

berbeza dengan pasaran-pasaran lain, FX mengizinkan keuntungan secara dua hala. Selain kenaikan pasangan sesuatu tukaranasing, penurunan tukaranasing yang sama mampu untuk keuntungan diraih.

 

Misalnya, nilai EURUSD yang menaik akan memberi keuntungan kepada mereka yang membelinya, penurunan EURUSD akan memberi keuntungan kepada mereka yang menjualnya.

 

Dengan kata lain, pasangan tukaranasing yang ada di dunia pada hari ini telah dijadikan satu instrumen atau aset yang bersifat intangible untuk diniagakan.

 

-Bagaimana untuk meraih pendapatan dalam FX?

 

-Bagaimana mengenalpasti sesuatu pergerakan currency?

 

-Di mana FX boleh diniagakan?

 

-Bagaimana seorang orang kurang upaya penglihatan terutamanya mampu terlibat dalam FX?

 

Persoalan-persoalan  tersebut akan diulas pada kesempatan yang akan datang, Insya Allah.

 

 

 

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF LL.B (HONS) MALAYA

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

Monday, April 7, 2008

PENERANGAN TENTANG TUKARAN ASING

 

Saya ada menerima permintaan dari rakan-rakan melalui telefon agar suatu ringkasan kepada penerangan FX Trading dipaparkan di blog ini.

 

Memandangkan telah banyak sumber-sumber di internet termasuk dalam Bahasa Melayu tentang FX Trading, saya tidak berhasrat memaparkan penerangan tentangnya di blog ini.

 

Memadailah blog ini menjadi medan perbincangan perihal semasa FX Trading dan analisa teknikal yang boleh dikongsi bersama.

 

Tidak kurang pentingnya blog ini menjadi medan kepada orang kurang upaya membincangkan FX Trading sebagai mata pencarian.

 

Dengan sedikit maklumat yang saya miliki , dapatlah ianya dikongsi bagi manfaat bersama.

JUAL EURUSD DALAM PENGUKUHAN JANGKA PENDEK US DOLAR

 

Adalah dijangkakan dengan mud sedikit pengukuhan USD, EURUSD bolehlah dikatakan akan mengalami penurunan.

Sehingga penulisan ini dibuat, kiraan RSI(14) bagi harian kian menampakkan penurunan. Apatah lagi EURUSD telah melepasi tahap sokongan harian 1.5654.

Peringkat yang dijangka bertukar kepada resistant tersebut wajar diperhatikan untuk peringkat sokongan
1.5578. Dengan pengesanan 1.5639 mengikut kiraan fibonacci, penurunan EURUSD akan terus berlaku.

Selamat berusniaga.
 

FOREX KERJAYA PILIHAN

 

Sebagai pengenalan, blog ini bertujuan menyediakan suatu arena bagi mereka yang berminat berkecimpung dalam aktiviti tukaran asing.

Selain itu, paling penting ia diharapkan dapat membantu golongan OKU dalam usaha mencari pendapatan bagi menyara keperluan hidup.

Sememangnya diketahui isu pekerjaan untuk OKU adalah suatu isu yang sehingga kini tiada formula muktamad bagi ianya diselesaikan. Justeru, dengan sedikit pengetahuan dan pendedahan melalui blog ini, dapatlah suatu yang berfaedah diperolehi.

Dalam perniagan tukaran asing (fx trading), keperluan minimum hanyalah sebuah komputer, line internet (jalur lebar lebih sesuai), dan sedikit modal sebagai pusingan perniagaan.

Bagi OKU penglihatan terutamanya, software yang digunakan dalam FX Trading boleh dicapai dengan penggunaan screen reader yang ada.

Dengan adanya blog ini, dapatlah mereka yang berminat terus bertukar fikiran terutamanya hala tuju sesuatu pasangan dalam FX Trading.

Bagi tujuan perbincangan teknikal, saya cenderung untuk memaparkan kajian untuk perbincangan dalam pasangan EURUSD =eur/usd =euro v. us dolar.

Bagi membantu mereka yang berminat, wajarlah maklumat asas diperolehi tentang FX Trading yang boleh didapati di kebanyakan laman web seperti fxdd.com, fxcm.com
forex.com dan lain-lain.

Sebagai pengakhiran, adalah menjadi impian saya agar pemahaman dalam FX Trading akan dapat disebarkan agar tiada lagi berleluasa mangsa-mangsa kepada penipuan dalam FX Trading.

Sebagai peringatan, apa jua yang dipaparkan dalam blog ini hanyalah bersifat maklumat dan kajian untuk dikongsi bersama.

Semoga permulaan ini dapat sama-sama dimanfaatkan.