Wednesday, November 24, 2010

Harga emas stabil melepasi 1365.00.

SEBAGAIMANA yang diposting sebelum ini, paras USD 1366 adalah amat penting untuk dilepasi bagi memastikan peningkatan yang lebih menyakinkan bagi harga emas.

 

Pada saat penulisan ini dibuat sekitar jam 8:00 malam, harga emas sedang diniagakan pada paras USD 1375.00 PERAUNZ.

Saya percaya peningkatan yang konsisten ini akan menguatkan lagi harapan untuk paras tertinggi yang pernah dicapai pada 9 November yang lalu dicecah dalam masa terdekat. Justeru pada saat-saat sebegini, strategi jangka pendek amat penting untuk memastikan mereka yang bermodal kecil tidak terjejas secara sabstantif dengan ombak yang begitu mengganas dalam pasaran global.

 

Selamat berurusniaga dan banyakkanlah bersyukur. – 18 Zulhijjah 1431H.

Monday, November 22, 2010

Teruslah memiliki emas.

SEMINGGU dua ni saya berpeluang untuk memasuki pasaran sambil-sambil membuat tinjauan kecil kot-kot boleh dimanfaatkan. Seperti sebelumnya, saya suka memerhati kedudukan matawang Eura berbanding US Dolar dan komoditi emas berbanding US Dolar.

 

Pada kesempatan ini, saya suka berkongsi sedikit pemerhatian bersama sahabat sekalian. Saya akan menumpukan perbincangan ringkas ini kepada kedudukan emas semasa.

 

Pada saat penulisan ini dibuat iaitu pada jam 2 petang,  harga emas telah diniagakan pada harga USD 1361.71 per aunz. Sebaagaimana diketahui umum, harga emas telah mencapai tahap tertingginya pada 9 November 2010 yang lalu iaitu USD 1424.43 peraunz.

 

Setelah mencecah harga tertingginya, komoditi tersebut kemudiannya telah membuat pembetulan semula iaitu pada 16 November 2010 pada paras USD 1329.65 peraunz. Sebagai makluman saya suka memerhati perkembangan ini dari aspek teknikal berbanding aspek-aspek asas yang lebih dipengaruhi oleh sentiment.

 

Setelah membuat pembetulan semula pada 16 November lalu, harga emas kini pada pendapat saya akan terus membuat anjakan menaik secara beransur-ansur. Saya meletakkan paras 1330 sebagai paras sokongan sebagai cabaran untuk harga emas terus meningkat dalam masa terdekat. Seterusnya saya meletakkan paras 166 sebagai paras tekanan untuk ianya terus memacu kepada harga tertinggi baru.

 

Dengan perkataan lain, pegangan emas haruslah diperhatikan antara dua harga sokongan dan tekanan ini bagi memastikan perolehan tahap keuntungan. Harga yang akur pada paras 1330 akan menjadikan peningkatan harga mengambil masa yang lebih lama. Sebaliknya jika paras tekanan Berjaya dilepasi, saya percaya capaian harga tertinggi baru akan lebih cepat dapat kita saksikan.

 

Sebagai rekod, pada pembukaan Januari 2010 yang lalu, harga emas peraunz ialah USD 1152.07. selain itu, jangan mudah kita terpesona dengan sentiment yang ditiupkan atas perkembangan permintaan di India dan tanda pemulihan Ireland di benua Eropah yang akan memberi tekanan kepada Dolar sekaligus memberi impak kepada harga emas.

 

Kepada rakan niaga maya, berhati-hatilah dengan modal kita yang terhad. Saya mengimpikan keuntungan pada harga USD 1600 peraunz. – 15 Zulhijjah 1431H.