Foreign Exchange atau dikenali juga dengan singkatan FX, Forex, FX Trading dan sebagainya adalah antara pasaran yang paling tinggi tahap kecairannya di masa ini.
Urusniaga FX boleh mencapai nilai urusniaga dari 1.2 trillion sehingga 3 trillion sehari. Pasaran FX lahir natijah dari urusniaga antara Negara-negara yang mempunyai pelbagai matawang yang berbeza.
Sebagai contoh, Malaysia mempunyai matawang yang dikenali sebagai Ringgit Malaysia "MYR". Bagi berurusniaga dengan negara luar misalnya, kita mengambilkira tukaran asing antara Ringgit Malaysia "MYR" dan US Dollar "USD" sebagai contoh.
Setiap unit MYR akan dinilai dengan USD yang akhirnya disebut sebagai MYR/USD.
Contohnya 1 MYR =3.218 usd yang disebut dengan:
MYR/USD : 3.218.
Sebagai contoh lain pula, rakyat di benua eropah yang menggunakan matawang Euro akan menjadikan USD sebagai tukaranasing mereka.
Sebagai contoh:
1 EURO =1.5740 USD :
EURUSD = 1.574.
Terdapat berpuluh-puluh pasangan matawang yang diperniagakan atas keperluan Negara-negara di dunia. Kebanyakan pasangan matawang tersebut menjadikan unit-unit matawang dunia sebagai pasangan (counter currency) termasuklah US Dollar, Australian Dollar, Yen, Euro dan lain-lainnya.
Antara pasangan tersebut termasuklah EURUSD, AUDUSD, USDCHF, CADUSD dan sebagainya.
Keperluan urusniaga di seluruh dunia menjadikan pasangan tukaran asing tersebut sentiasa berubah mengikut pasaran yang berasaskan permintaan dan tawaran.
Pergerakan pasaran matawang asing di dunia banyak dipengaruhi oleh kegiatan manipulasi dari pergerakan tukaranasing iaitu antara 70% ingá 90%. Sila rujuk:
berbeza dengan pasaran-pasaran lain, FX mengizinkan keuntungan secara dua hala. Selain kenaikan pasangan sesuatu tukaranasing, penurunan tukaranasing yang sama mampu untuk keuntungan diraih.
Misalnya, nilai EURUSD yang menaik akan memberi keuntungan kepada mereka yang membelinya, penurunan EURUSD akan memberi keuntungan kepada mereka yang menjualnya.
Dengan kata lain, pasangan tukaranasing yang ada di dunia pada hari ini telah dijadikan satu instrumen atau aset yang bersifat intangible untuk diniagakan.
-Bagaimana untuk meraih pendapatan dalam FX?
-Bagaimana mengenalpasti sesuatu pergerakan currency?
-Di mana FX boleh diniagakan?
-Bagaimana seorang orang kurang upaya penglihatan terutamanya mampu terlibat dalam FX?
Persoalan-persoalan tersebut akan diulas pada kesempatan yang akan datang, Insya Allah.
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF LL.B (HONS) MALAYA
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
1 comment:
JAWS tak dapat membaca sebahagian dari teks yang dipaparkan di Blog. Ia disebabkan oleh pertukaran bahasa yang secara tiba-tiba berlaku menyebabkan JAWS mengikut bulat-bulat perubahan bahasa tersebut.
Tak ramai pengguna JAWS yang tahu cara menukar tetapan (setting) tertentu dalam perisian pembaca skrin mereka. Oleh itu, diharapkan agar perubahan bahasa tidak dibuat tanpa sebab-sebab yang sangat mendesak.
Terima kasih atas penerangan yang diberikan.
Tambah lagi:-)
Post a Comment