Wednesday, August 24, 2011

Emas, komoditi istimewa!

PENINGKATAN harga emas ke paras tertingginya semalam iaitu USD1911.95 menjadikan situasi pasaran komoditi dan saham terus panic. Meskipun pada awal 2011, emas hanya dijangka akan mencecah USD1900 pada penghujung 2011 atau awal 2012, nyata jangkaan itu meleset sama sekali.

 

Biar apapun faktornya, saya tak berminat untuk membincang sentiment pada peningkatan tersebut. Apa yang menarik, di sini ialah aspek teknikal peningkatan harga tersebut.

 

Berbanding paras terendah 2011 yang dicatat Januari lalu, emas telah meningkat sebanyak 47.18% dari USD1307.95 per ounce. Pada 2010, emas telah ditutup dagangannya pada paras USD1418.5 sebelum dibuka pada januari pada paras USD1420.98.

 

 

Secara teknikal, harga komoditi ini telah mencatatkan lebihan belian bilamana ia mencecah USD1607 pada Julai lalu. Namun kekuatan yang dimilki oleh komoditi ini terus mencatatkan peningkatan harga meskipun setelah mencecah USD1814 pada 11 Ogos lepas.

 

Tiada “double top” yang direkodkan dalam paras harga emas sebagaimana yang kebiasaannya berlaku pada instrument-instrument spekulatif lain. Apa yang berlaku mutakhir ini membuktikan bahawa emas mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertahan pada keadaan lebihan belian dalam satu tempoh yang panjang.

 

Kini pearas sasaran emas ialah USD2100 atau USD2800 per ounce. Untuk itu, pembetulan harga akan berlaku dalam jangka waktu terdekat sebelum kenaikan berikutnya.

 

Emas adalah antara lima instrument pelabran terbaik selain saham, bon, hartanah dan matawang asing. – 24 Ramadhan 1432H.

 

 

 

No comments: