Thursday, February 10, 2011

Beli emas sekarang!

SETELAH HARGA EMAS MENCECAH usd1307.95 PADA 28 Januari yang lalu, kini ia berlegar pada sekitar USD1360.00.

 

Sebagaimana yang telah saya sebutkan pada awal dulu, emas kini sedia untuk memacu naik semula. Sehabis rendah, emas hanya akan mencecah sekitar USD1330-1340 sebelum meninggalkan USD1350 untuk terus meningkat.

 

Dalam malas-malas, kini masa terbaik untuk buat belian emas. – 7 Rabi'ul awal 1432H.

Sunday, January 30, 2011

Ringkas untuk emas

SELURUH petunjuk teknikal pada laptop saya telah menunjukkan bahawa paras harga emas telah mencecah tahap terendah dan kini ianya berlegar dalam lingkungan belian.

 

Jika ada kesempatan, saya akan cuba berkongsi dapatan kajian saya sebaik penutup urusniaga minggu lepas. – 25 Safar 1432H.

Tuesday, January 18, 2011

Sepintas analisa emas

SEWAKTU emas didagangkan di pasaran Eropah sebentar tadi, ia menampakkan kenaikkan dari paras terendah harian semalam. Dagangan hari ini mencatatkan peningkatan sehingga USD1371.64 berbanding paras terendah kelmarin iaitu USD1357.18.

 

Kenaikan di pasaran Eropah sebentar tadi menjadikan emas melepasi paras tekanan psikologi iaitu pada paras USD1369.00 peronz. Adakah ini menunjukkan jangkaan awal bahawa emas akan menurun salah sama sekali? Ianya menarik untuk diperhati.

 

Saya berpendapat apa yang berlaku kini hanyalah satu proses swing sebelum harga lebih rendah dicatatkan. Paras yang ada pada saat penulisan ini dibuat memberi kelebihan tekanan untuk emas terus menurun.

 

Hmm, dah nak magrib lah. Jom ikuti saya seterusnya di twitter. – 13 Safar 1432H.

Emas, mencari titik yang lebih pasti!

PEMBUKAAN dagangan emas kelmarin menyaksikan kecenderungan untuk ianya terus menurun. Meskipun masih tidak menampakkan perbezaan ketara dari dagangan minggu lepas, apa yang berlaku para pemain pasaran masih berhati-hati dengan situasi semasa.

 

Paras terendah emas kelmarin ialah USD1357. Apa yang dapat diperhatikan jumlah dagangan emas di kebanyakan pusat dagangan amat rendah.

 

Dengan sentiment yang tidak menentu terhadap komoditi dan matawang lain, para pemain dalam pasaran dilihat masih menunggu petunjuk jelas untuk membawa emas ke tahap yang lebih rendah.

 

Berdagang dengan kaedah "forex trading" mengizinkan pemain pasaran mengaut keuntungan sama ada harga menjunam apatah lagi sewaktu harga meningkat naik. – 13 Safar 132H.

 

Canada's Dollar Appreciates Before Bank of Canada Rate Decision Tomorrow

Ruble Gaining Most in Seven Months on Oil Rally: Russia Credit

Crude Oil Declines as Trans Alaska Pipeline Restarts Operations