Dalam forex, perlu diketahui pelbagai jenis kaedah transaksi belian (buy) dan jualan (sell).
Setiap transaksi dalam forex, istilah yang digunakan ialah "order". Kaedah-kaedah transaksi tersebut termasuklah Instant Order, stop order, dan limit order.
Instant order terdiri dari buy and sell. Dalam kaedah ini, sesuatu transaksi sama ada buy atau sell dibuat secara serta merta pada nilai harga semasa.
Dalam kaedah limit order, transaksi dibuat pada harga yang tidak sama dengan harga semasa. Dalam kaedah limit order, penerangan adalah sebagaimana berikut:-
Buy limit - membuat belian pada harga di bawah paras harga semasa.
Sell limit - mengatur transaksi jualan pada harga lebih tinggi pada harga semasa.
Dalam kaedah stop order, keadaannya berlawanan dengan limit order. Penerangan stop order adalah sebagaimana berikut:-
Buy stop - menetapkan belian pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa.
Sell stop - menetapkan transaksi jualan pada harga yang lebih rendah dari harga semasa.
Perhatian: pelbagai jenis order ini kedapatan dalam setiap platform atau saluran di mana forex diurusniagakan.
Sebarang persoalan dan pertanyaan, sila ajukan melalui link comment.
No comments:
Post a Comment