saya pohon maaf atas sebab terlalu lama tidak menhantar posting bagi bacaan rakan-rakan tentang fx trading. Bukan apa, sekadar kesuntukan kesempatan dalam mencari usaha niaga bagi menjamin kelangsungan kehidupan.
Kali ini, saya ingin menceritakan antara faktor yang mengizinkan keuntungan diraih dalam fx trading bagi sesiapa yang bermodal kecil. Institusi-institusi kewangan yang mempunyai saiz dana yang besar telah lama menjadikan fx trading antara pendapatan niaga. Kini fx trading terbuka kepada sesiapa sahaja.
Dalam dunia kewangan hari ini dan tidak terbatas dalam fx trading ssemata-mata, suatu system yang disebut gandaan (leverage) member ruang kepada pemodal kecil untuk mengambil bahagian.
Melalui system gandaan ini, setiap unit matawang yang digunakan akan digandakan dari nilai asal. Sebagai contohnya jika akaun dibuka dalam USD, kita akan ditawarkan sejumlah nilai gandaan. 1 USD yang dimasukkan ke dalam akaun akan digandakan bagi tujuan urusniaga. Gandaan tersebut boleh mencecah hingga 1-200 hingga 1-400 mengikut broker.
Nilai gandaan tersebut tidak akan terpapar dalam bentuk jumlah atau balance dalam akaun yang dibuka. Ia akan berfungsi bilamana sesuatu transaksi (order) dijalankan.
Seorang yang membuka akaun berjumlah 500 USD dan menikmati gandaan 1-200 tidak akan terjumpa balance dalam akaun berjumlah 10,000 USD. System gandaan ini membenarkan akaun yang berjumlah 500 USD untuk diniagakan bersamaan nilai 10,000 USD.
Dalam posting sebelum ini, saya telah menceritakan tentang pip. Dalam Fx trading pip menjadi ukuran untuk mengambil untung atau sebaliknya.
Teliti contoh EURUSD ini, pergerakan dari 1.5454 kepada 1.5455 menjadikan nilai 0.0001 iaitu 1 pip. Jangan peningkan kepala anda. Platform niaga yang anda langgani akan mengira bagi pihak anda semua contoh-contoh ini.
1 pip dalam contoh di atas jika dinilai dalam satu unit USD, ia hanyalah bernilai 0.0001 USD. Nilai pip sebanyak 0.0001 ini perlu dikalikan dengan 1000 unit untuk memperolehi 1 USD. Bayangkan jika pedagang yang memulai urusniaganya dengan nilai 500 USD, sememangnya sukar untuk memperolehi laba.
Melalui system gandaan dalam pasaran, 500 USD tersebut akan digandakan sehingga 10,000 USD bagi memastikan setiap transaksi (order) yang dibuat akan memberi nilai yang bermakna atas setiap pip yang diperolehi.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, para peniaga tidak perlu membuat pengiraan teknikal tersebut. Ianya akan dijanakan melalui system yang dilanggani.
Bersua kembali. Selamat mengkaji.
Monday, May 5, 2008
sistem gandaan - leverage
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment