Cabaran kepada OKU penglihatan dalam memperolehi kerjaya terus diperkatakan terutamanya mereka yang memperjuangkan nasib golongan itu. Sehingga kini tiada suatu langkah konkrit bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh OKU penglihatan. Cuma yang ada hanyalah inisiatif individu OKU penglihatan itu sendiri dalam mengharungi kemelut kehidupan ini.
Di sinilah ingin saya kongsikan bersama terutamanya kepada OKU penglihatan dan sesiapa sahaja yang berminat dalam aktiviti dagangan tukaran asing atau fx trading. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat diambil manfaatnya.
Aktiviti tukaran asing atau fx trading boleh saja dilakukan oleh sesiapa termasuklah seorang OKU penglihatan. Apa yang penting haruslah bersungguh dan mempunyai tekad yang kuat.
Selain komputer dan sambungan internet, sudah pastilah sambungan jalur lebar yang paling sesuai, keupayaan mengenalpasti pergerakan sesuatu pasangan dalam dagangan fx trading merupakan asas utama kepada aktiviti yang menguntungkan.
Disiplin yang tinggi, disertai keupayaan mengawal keinginan akan menguatkan lagi asas kepada keuntungan yang akan diraih. Dalam memahami forex trading, kebanyakan laman-laman web atau apa jua sumber menyebut bahawa menguasai pelbagai carta dan graf adalah antara kemahiran diperlukan dalam membuat penganalisaan. Justeru nampak ada sedikit kesukaran bagi OKU penglihatan bagi mengikuti pelbagai jenis carta dan graf disebabkan ia bersifat grafik bukannya sekadar text yang boleh dibaca oleh screen reader.
Dalam hal inilah keupayaan tambahan diperlukan. Carta dan graf yang dijadikan alat bantu dalam membuat penganalisaan hanyalah suatu kaedah pemudah cara. Bagi mereka yang dapat melihat, paparan dalam bentuk carta dan graf akan menjadikan penganalisaan begitu mudah dengan seimbas pandang.
Namun demikian, haruslah difahami apa jua carta dan graf yang dibentuk, ia hanyalah hasil kombinasi nhombor dan angka yang sentiasa bergerak. Dengan perkataan lain, mengesan pergerakan sesuatu angka dalam fx trading itulah sebenarnya yang lebih utama. Dalam hal inilah screen reader dengan pengubahsauaian yang secukupnya akan mampu membantu OKU penglihatan dalam membuat analisa.
Selain itu, kemahiran dalam penggunaan pelbagai software seperti microsoft excel dan pelbagai software analisa akan menambahkan lagi peluang untuk meraih keuntungan. Kebanyakan software analisa dalam pasaran pada hari ini adalah mesra pengguna kepada OKU penglihatan. Meskipun pelbagai software analisa bersifat grafik, banyak juga software analisa yang mampu diterokai dengan menggunakan screen reader.
Demikianlah serba ringkasbagaimana fx trading boleh dimanfaatkan oleh OKU penglihatan. Apa yang saya bentangkan ini hanyalah sebahagian kecil maklumat untuk bekalan kepada mereka yang berminat. Semoga paparan ini memberi ruang untuk kita meneroka peluang yang ada untuk faedah bersama. Mohammad Faizal Che Yusof.
No comments:
Post a Comment