KETIDAKTENTUAN dalam harga minyak mentah pada penghujung minggu lepas dan awal minggu ini menggamit saya untuk melakukan sedikit pemerhatian.
Laporan bertajuk Oil prices fall pada hujung minggu lepas kini kelihatan tidak menentu dengan laporan terkini bertajuk Oil prices up.
Minyak mentah jenis Light Sweet bagi penghantaran September pada saat penulisan ini dibuat iaitu pada pukul 12:10 tengahhari adalahpada paras USD72.32 setong. Pada bulan ini sahaja, harnya minyak mentah yang sama telah mencecah harga USD72.82 setelah jatuh pada paras USD65.23.
Saya berpandangan dalam jangka masa pendek, harga akan belegar pada sekitar USD70 setong. Secara jangka masa sederhana, ia akan berupaya mencecah harga USD80 sebelum meneruskan kenaikan ataupun turun setelah mencapai tracement 61.8 iaitu USD82 bagi kiraan tahunan.
Walau bagaimanapun harus diingat bahawa harga pada tahun ini telah dibuka di bawah paras garisan psikologi iaitu USD74.39 dimana pembukaan harga tahunan ialah USD41.96 dan sehingga kini ia hanya berupaya mencecah harga tertinggi USD73.41 pada bulan Jun yang lalu.
Sebagaimana penulisan saya yang lepas, trend sebegini harus diperhatikan sehalus-halusnya. Keupayaan harga melepasi harga psikologi tersebut amat siknifikan. Secara umumnya, harga yang mencecah paras psikologi akan mengukuhkan trend asal iaitu trend menurun. Sebaliknya keupayaan harga melepasi paras psikologi itu dalam tempoh yang pendek dan mengekalkan trend menaiknya akan meletakkan trend menaik tersebut dominant dalam pasaran.
Harga yang tidak menentu dengan tiada trend yang nyata pada ketika ini sememangnya lumrah bilamana paras psikologi dihampiri. Justeru, pemerhatian yang rapi haruslah dilakukan bagi menentukan trend sederhana dan jangka panjang.
Selain itu, saya lebih suka pemerhatian rapi dibuat berdasarkan analisa teknikal berbanding analisa fundamental yang terlalu dilingkungi pelbagai setimen yang kadangkala sukar ditelah. 29 Syaaban 1430H.
No comments:
Post a Comment