Laporan TheStar Online yang bertajuk Oil prices near a new high for the year terus menarik perhatian saya untuk menyelongkar data-data minyak mentah yang ada dalam simpnan saya.
Minyak mentah jenis Light, Sweet bagi penghantaran Disember pada dagangan hari ini, 14 Oktober 2009 telah mula diniagakan pada paras USD 75.04 setong dan terus mencatatkan harga tertingi baru untuk tahun ini iaitu USD75.46 setong. Jika ditinjau rekod dagangan tahun ini, harga tertinggi telah mula dicecah pada bulan Jun yang lalu iaitu USD73.41. harga kemudiannya terus mengalami pergerakan aktif sehingga mencatatkan harga tertinggi terbaru pada Ogos iaitu pada paras USD74.95.
Jika diperhatikan kedudukan harga sekarang adalah di atas paras harga psikologi USD74.39 untuk tahun 2009. sebagaimana yang biasa difahami oleh penganalisa teknikal, kedudukan harga pada tahap ini amat penting. Momentum dagangan yang berupaya membawa harga lebih konsisten akan memastikan trend menaik menguasai pasaran. Sebaliknya harga yang lebih cenderong untuk berada sekitar harga psikologi akan meletakkan trend menurun itu masih dominan dalam pasaran secara jangka panjangnya.
Justeru, sepertimana biasa yang saya sebutkan, amalan hedging perlulah dikaji untuk dimanfaatkan bagi kebaikan negara sebagai pengeksport minyak dan kepentingan rakyat agar harga domestik lebih stabil. 25 Shawal 1430H.
No comments:
Post a Comment