SEMASA penulisan ini dibuat iaitu sekitar jam 6:40 pm, 17 Zulhijjah 1430 bersamaan 4 Disember 2009, harga emas sedang diniagakan pada harga USD1203.33 OZ. emas telah mula diniagakan pada harga USD870.85 iaitu pada Januari 2009.
Harga telah mencecah harga terendahnya pada 2009 iaitu pada paras USD801.3 pada 15 Januari 2009. Sejak itu, harga emas telah diniagakan secara menaik dalam momentum beransur-ansur.
Sehari sebelum kita menyambut IdilAdhar minggu lepas, harganya telah mencecah USD1194.95 sebelum mencecah harga tertinggi iaitu pada paras USD1226.15 semalam. Sebelum diniagakan pada hari ini, harga emas telah ditutup pada paras USD1207.27.
Persoalannya apakah harga yang ada pada hari ini akan terus menaik, atau menurun atau bertahan? Saya bersetuju dengan pendapat pelbagai penganalisa bahawa harga emas akan mencecah USDa300/OZ sebelum mencatatkan penurunan sementara.
Jika dinilai secara teknikal, apa yang ditunjukkan oleh petunjuk RSI (relative strength index) secara jangka pendek, sederhana dan panjang telah menunjukkan siknal jualan pada minggu lepas. Saya juga membuat perbandingan dengan petunjuk purata yang saya namakan (appels moving average, convergence divergence) yang mengambilkira purata pegerakan harga secara perlahan, sederhana dan pantas serta petunjuk lebihan belian. Ia turut memaparkan siknal jualan pada minggu lepas.
Sebaik harga ditutup kelmarin, penganalisaan yang sama turut dilakukan dengan lebih teliti bersama beberapa petunjuk teknikal lain yang akhirnya memberi satu siknal jelas iaitu jualan secara jangka pendek. Seperti yang saya nyatakan di atas, saya meletakkan harga USD1300 per ounce sebelum harga mula menurun.
Namun bagi peniaga yang telah lama membeli emas pada harga rendah sebelum ini dan bercadang untuk meraih untung di kala harga tinggi, masa-masa seperti sekarang adalah antara masa terbaik untuk berbuat demikian.
Bagi mereka yang bersedia untuk meraih untung secara jangka panjang bolehlah memegang komoditi tersebut sehingga satu harga yang lebih menguntungkan.
Selamat berurusniaga. 18 Zulhijjah 1430H.
No comments:
Post a Comment