PERKEMBANGAN harga emas di pasaran pada hari ini begitu tak menentu. Bagi mereka yang mencari keuntungan jangka pendek, ianya satu cabaran yang tidak mudah untuk dihadapi.
Setelah harga mencecah paras tertinggi iaitu USD1430.9 pada 07/12/2010 yang lalu, isyarat pada semua penunjuk analisa saya menunjukkan tanda penurunan bila mana harga mencecah USD1372.08 pada tanggal 10/12/2010. Setelah harga emas mencari ruang penurunan, akhirnya "double bottom" dicapai pada 16/12/2010 di paras USD1361.03 dan keesokan harinya di paras USD1364.65.
Membuka tirai 2011, emas telah diniagakan pada paras USD1420.98 peronz. Semenjak paras tertinggi dicapai harga emas telah mencecah paras terendahnya iaitu USD1352.59 pada 7/1/2011 yang lalu.
Secara umumnya, dalam masa terdekat harga emas dipercayai akan mengalami penurunan sebelum harga tertinggi baru dicatatkan. Justeru pada masa ini perlulah kita mencari satu paras harga yang selamat untuk membuat belian semula.
Secara peribadi, saya selesa untuk membeli bila harga mencecah di bawah paras USD1350 peronz. Selamat berurusniaga. 5 Safar 1432h.
No comments:
Post a Comment