BLOOMBERG dalam laporannya awal hari ini ada menyebut kemungkinan harga emas meningkat pada masa terdekat natija dari permintaan yang dikatakan meningkat dari China. Apa pun sentimen yang berlegar dalam pasaran, saya masih berpendapat harga terbaik untuk belian semula emas ialah bila harga mencecah bawah paras USD1350.
Setelah mencatat paras terendah pada tahun ini USD1352 pada 7 Januari lalu, ia telah cuba menuju ke paras tekanan psikologi dan hanya dapat mencapai USD1393 sebelum kembali menurun pada hari semalam.
Pada saat penulisan ini dibuat jam 4:pm, emas diniagakan pada paras usd1374 dan saya meletakkan USD1362 untuk ia terus mencatat penurunan sebelum mengahiri dagangan minggu ini.
Laporan penganalisa juga menunjukkan penurunan dalam harga minyak mentah akibat dari penurunan permintaan di US. Sebagaimana sebelumnya, saya lebih berminat memerhati petunjuk teknikal yang lebih meluahkan kebenaran berbanding setimen yang lebih bercorak manipulasi.
Selamat mencari harga terbaik untuk belian semula emas. Banyakkanlah usaha untuk meningkatkan perolehan keuntungan. 9 Safar 1432H.
No comments:
Post a Comment