Tuesday, January 18, 2011

Emas, mencari titik yang lebih pasti!

PEMBUKAAN dagangan emas kelmarin menyaksikan kecenderungan untuk ianya terus menurun. Meskipun masih tidak menampakkan perbezaan ketara dari dagangan minggu lepas, apa yang berlaku para pemain pasaran masih berhati-hati dengan situasi semasa.

 

Paras terendah emas kelmarin ialah USD1357. Apa yang dapat diperhatikan jumlah dagangan emas di kebanyakan pusat dagangan amat rendah.

 

Dengan sentiment yang tidak menentu terhadap komoditi dan matawang lain, para pemain dalam pasaran dilihat masih menunggu petunjuk jelas untuk membawa emas ke tahap yang lebih rendah.

 

Berdagang dengan kaedah "forex trading" mengizinkan pemain pasaran mengaut keuntungan sama ada harga menjunam apatah lagi sewaktu harga meningkat naik. – 13 Safar 132H.

 

Canada's Dollar Appreciates Before Bank of Canada Rate Decision Tomorrow

Ruble Gaining Most in Seven Months on Oil Rally: Russia Credit

Crude Oil Declines as Trans Alaska Pipeline Restarts Operations

 

Sunday, January 16, 2011

Warna warni matawang dan komoditi.

PENUTUP dagangan minggu lepas menyaksikan emas terus mencatatkan penurunan. Jumaat lalu ia mencatatkan penurunan terendah hariannya pada paras USD1354.95 sebelum mengakhiri sesi dagangan mingguan pada USD1359.65.

 

10 Januari lalu, emas sebaik dagangan dibuka telah diniagakan pada paras USD1369.51. pada beberapa hari terkehadapan, saya masih berpendapat harga USD1350 adalah titik penting. Penurunan harga yang melepasi paras psikoologi ini memungkinkan emas didagangkan serendah USD1330 peronz.

 

Apapun warna warni dagangan matawang dan komoditi sepanjang minggu lepas perlu dihalusi sebaiknya agar para pedagang tidak mudah terperangkap. Canadian Dollar Strengthens for Fourth Straight Week as Commodities Rise  

HYPERLINK "http://www.bloomberg.com/news/2011-01-15/   

HYPERLINK "http://www.bloomberg.com/news/2011-01-15/euro-advances-mo

 Dan Euro Advances Most Since May 2009 on Demand at Auctions, Pledge by Merkel. – 11 Safar 1432H.

 

 

Friday, January 14, 2011

Intai penurunan harga emas untuk belian semula

BLOOMBERG dalam laporannya awal hari ini ada menyebut kemungkinan harga emas meningkat pada masa terdekat natija dari permintaan yang dikatakan meningkat dari China. Apa pun sentimen yang berlegar dalam pasaran, saya masih berpendapat harga terbaik untuk belian semula emas ialah bila harga mencecah bawah paras USD1350.

 

Setelah mencatat paras terendah pada tahun ini USD1352 pada 7 Januari lalu, ia telah cuba menuju ke paras tekanan psikologi dan hanya dapat mencapai USD1393 sebelum kembali menurun pada hari semalam.

 

Pada saat penulisan ini dibuat jam 4:pm, emas diniagakan pada paras usd1374 dan saya meletakkan USD1362 untuk ia terus mencatat penurunan sebelum mengahiri dagangan minggu ini.

 

Laporan penganalisa juga menunjukkan penurunan dalam harga minyak mentah akibat dari penurunan permintaan di US. Sebagaimana sebelumnya, saya lebih berminat memerhati petunjuk teknikal yang lebih meluahkan kebenaran berbanding setimen yang lebih bercorak manipulasi.

 

Selamat mencari harga terbaik untuk belian semula emas. Banyakkanlah usaha untuk meningkatkan perolehan keuntungan. – 9 Safar 1432H.

Monday, January 10, 2011

Cari paras elesa untuk belian semula emas.

PERKEMBANGAN harga emas di pasaran pada hari ini begitu tak menentu. Bagi mereka yang mencari keuntungan jangka pendek, ianya satu cabaran yang tidak mudah untuk dihadapi.

 

Setelah harga mencecah paras tertinggi iaitu USD1430.9 pada 07/12/2010 yang lalu, isyarat pada semua penunjuk analisa saya menunjukkan tanda penurunan bila mana harga mencecah USD1372.08 pada tanggal 10/12/2010. Setelah harga emas mencari ruang penurunan, akhirnya "double bottom" dicapai pada 16/12/2010 di paras USD1361.03 dan keesokan harinya di paras USD1364.65.

 

Membuka tirai 2011, emas telah diniagakan pada paras USD1420.98 peronz. Semenjak paras tertinggi dicapai harga emas telah mencecah paras terendahnya iaitu USD1352.59 pada 7/1/2011 yang lalu.

 

Secara umumnya, dalam masa terdekat harga emas dipercayai akan mengalami penurunan sebelum harga tertinggi baru dicatatkan. Justeru pada masa ini perlulah kita mencari satu paras harga yang selamat untuk membuat belian semula.

 

Secara peribadi, saya selesa untuk membeli bila harga mencecah di bawah paras USD1350 peronz. Selamat berurusniaga. – 5 Safar 1432h.

Wednesday, November 24, 2010

Harga emas stabil melepasi 1365.00.

SEBAGAIMANA yang diposting sebelum ini, paras USD 1366 adalah amat penting untuk dilepasi bagi memastikan peningkatan yang lebih menyakinkan bagi harga emas.

 

Pada saat penulisan ini dibuat sekitar jam 8:00 malam, harga emas sedang diniagakan pada paras USD 1375.00 PERAUNZ.

Saya percaya peningkatan yang konsisten ini akan menguatkan lagi harapan untuk paras tertinggi yang pernah dicapai pada 9 November yang lalu dicecah dalam masa terdekat. Justeru pada saat-saat sebegini, strategi jangka pendek amat penting untuk memastikan mereka yang bermodal kecil tidak terjejas secara sabstantif dengan ombak yang begitu mengganas dalam pasaran global.

 

Selamat berurusniaga dan banyakkanlah bersyukur. – 18 Zulhijjah 1431H.

Monday, November 22, 2010

Teruslah memiliki emas.

SEMINGGU dua ni saya berpeluang untuk memasuki pasaran sambil-sambil membuat tinjauan kecil kot-kot boleh dimanfaatkan. Seperti sebelumnya, saya suka memerhati kedudukan matawang Eura berbanding US Dolar dan komoditi emas berbanding US Dolar.

 

Pada kesempatan ini, saya suka berkongsi sedikit pemerhatian bersama sahabat sekalian. Saya akan menumpukan perbincangan ringkas ini kepada kedudukan emas semasa.

 

Pada saat penulisan ini dibuat iaitu pada jam 2 petang,  harga emas telah diniagakan pada harga USD 1361.71 per aunz. Sebaagaimana diketahui umum, harga emas telah mencapai tahap tertingginya pada 9 November 2010 yang lalu iaitu USD 1424.43 peraunz.

 

Setelah mencecah harga tertingginya, komoditi tersebut kemudiannya telah membuat pembetulan semula iaitu pada 16 November 2010 pada paras USD 1329.65 peraunz. Sebagai makluman saya suka memerhati perkembangan ini dari aspek teknikal berbanding aspek-aspek asas yang lebih dipengaruhi oleh sentiment.

 

Setelah membuat pembetulan semula pada 16 November lalu, harga emas kini pada pendapat saya akan terus membuat anjakan menaik secara beransur-ansur. Saya meletakkan paras 1330 sebagai paras sokongan sebagai cabaran untuk harga emas terus meningkat dalam masa terdekat. Seterusnya saya meletakkan paras 166 sebagai paras tekanan untuk ianya terus memacu kepada harga tertinggi baru.

 

Dengan perkataan lain, pegangan emas haruslah diperhatikan antara dua harga sokongan dan tekanan ini bagi memastikan perolehan tahap keuntungan. Harga yang akur pada paras 1330 akan menjadikan peningkatan harga mengambil masa yang lebih lama. Sebaliknya jika paras tekanan Berjaya dilepasi, saya percaya capaian harga tertinggi baru akan lebih cepat dapat kita saksikan.

 

Sebagai rekod, pada pembukaan Januari 2010 yang lalu, harga emas peraunz ialah USD 1152.07. selain itu, jangan mudah kita terpesona dengan sentiment yang ditiupkan atas perkembangan permintaan di India dan tanda pemulihan Ireland di benua Eropah yang akan memberi tekanan kepada Dolar sekaligus memberi impak kepada harga emas.

 

Kepada rakan niaga maya, berhati-hatilah dengan modal kita yang terhad. Saya mengimpikan keuntungan pada harga USD 1600 peraunz. – 15 Zulhijjah 1431H.

Friday, December 4, 2009

Analisa semasa emas.

SEMASA penulisan ini dibuat iaitu sekitar jam 6:40 pm, 17 Zulhijjah 1430 bersamaan 4 Disember 2009, harga emas sedang diniagakan pada harga USD1203.33 OZ. emas telah mula diniagakan pada harga USD870.85 iaitu pada Januari 2009.

 

Harga telah mencecah harga terendahnya pada 2009 iaitu pada paras USD801.3 pada 15 Januari 2009. Sejak itu, harga emas telah diniagakan secara menaik dalam momentum beransur-ansur.

 

Sehari sebelum kita menyambut IdilAdhar minggu lepas, harganya telah mencecah USD1194.95 sebelum mencecah harga tertinggi iaitu pada paras USD1226.15 semalam. Sebelum diniagakan pada hari ini, harga emas telah ditutup pada paras USD1207.27.

 

Persoalannya apakah harga yang ada pada hari ini akan terus menaik, atau menurun atau bertahan? Saya bersetuju dengan pendapat pelbagai penganalisa bahawa harga emas akan mencecah USDa300/OZ sebelum mencatatkan penurunan sementara.

 

Jika dinilai secara teknikal, apa yang ditunjukkan oleh petunjuk RSI (relative strength index) secara jangka pendek, sederhana dan panjang telah menunjukkan siknal jualan pada minggu lepas. Saya juga membuat perbandingan dengan petunjuk purata yang saya namakan (appels moving average, convergence divergence) yang mengambilkira purata pegerakan harga secara   perlahan, sederhana dan pantas serta petunjuk lebihan belian. Ia turut memaparkan siknal jualan pada minggu lepas.

 

Sebaik harga ditutup kelmarin, penganalisaan yang sama turut dilakukan dengan lebih teliti bersama beberapa petunjuk teknikal lain yang akhirnya memberi satu siknal jelas iaitu jualan secara jangka pendek. Seperti yang saya nyatakan di atas, saya meletakkan harga USD1300 per ounce sebelum harga mula menurun.

 

Namun bagi peniaga yang telah lama membeli emas pada harga rendah sebelum ini dan bercadang untuk meraih untung di kala harga tinggi, masa-masa seperti sekarang adalah antara masa terbaik untuk berbuat demikian.

 

Bagi mereka yang bersedia untuk meraih untung secara jangka panjang bolehlah memegang komoditi tersebut sehingga satu harga yang lebih menguntungkan.

 

Selamat berurusniaga. – 18 Zulhijjah 1430H.